Jumaat, 1 Februari 2013

NASMENZ AGROFARM

Selamat datang ke laman nasmenz agrofarm. Terima kasih kepada semua pembaca dan pengunjung blog saya ini..Tanpa anda semua maka tiadalah blog saya ini.di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu pengetahuanbersama pembaca setia saya mengenai kambing biri-biri.
kandang yang sesuai

bina promosi

pakej golek

geng kambing station

susu segar kaluaran kami

bahan utk marinate

kambing slice

aksi melapah

proses memasak kambing kawah

daging rusa segar
PANDUAN PENTERNAKAN BEBIRI

Baka Bebiri
Baka bebiri di negara ini adalah terhad. Kebanyakannya adalah jenis tempatan. Jenis eksotik telah diimport untuk tujuan pembiakan dengan jenis tempatan ini. Pada keseluruhanya, baka bebiri dibahagikan kepada dua:
1. Baka Asli Tempatan(Malin)
2. Baka Eksotik
a. Dorset Horn
b. Polled Dorset
c.Wiltshire
d.Baka Kacukan
Baka Asli Tempatan(Malin)

    • baka bebiri yang banyak terdapat di negara ini. 
    • bertubuh kecil dan pendek, berbulu putih, kehitaman dan kadangkala perang dan hitam di bahagian kepala dan kaki. 
    • bulunya sederhana panjang dan agak lurus serta berkeupayaan untuk menggugurkan bulunya sendiri. Baka jantan mempunyai tanduk. 
    • Telinganya sederhana besarnya dan kadang kala genit (vestigial). 
    • Ciri-ciri yang baik untuk baka ini ialah ia tahan kepada cuaca dan penyakit.

Jantan MalinBetina Malin
Berat Lahir 1.8 kg. 1.8 kg.
25 - 30 kg. 15 - 25 kg.

Dorset Horn

    • baka adalah dari jenis yang berbulu pendek Badannya besar dan gempal. 
    • bulu berwarna putih dan kulit berwarna merah jambu. Jenis ini bertanduk, jantan dimana tanduk jika panjang akan membuat lingkaran di kepala.
    • baka ini didapati boleh menyesuai diri pada iklim panas. Pada tempat asalnya, ia kerap membiak serta sering melahirkan anak kembar 2 atau 3. 
    • baka jantan digunakan untuk dibiakkan dengan baka tempatan dan hasilnya adalah sangat menggalakkan.

Jantan Dorset HornBetina Dorset Horn
60 - 110 kg.40 - 70 kg.



 Polled Dorset

    • jenis yang berbulu sederhana panjang. 
    • Badannya besar dan gempal. 
    • Bulu berwarna putih serta pendek dan kulit berwarna merah jambu. 
    • bertanduk, lebih-lebih lagi yang jantan dimana tanduk jika panjang akan membuat lingkaran di kepala.
    • boleh menyesuai diri pada iklim panas.
    • Pada tempat asalnya, ia kerap membiak serta sering melahirkan anak kembar 2 atau 3. 
    • baka jantan digunakan untuk dibiakkan dengan baka tempatan dan hasilnya adalah sangat menggalakkan.

Jantan Polled DorsetBetina Polled Dorset
25 - 30 kg .15 - 25 kg  
Wiltshire

    • Baka jenis ini mempunyai bulu yang sedikit dan ia seakan-akan menyerupai kambing.
    • la mempunyai tanduk dan kadar pembesaran dan sa
    iz adalah sederhana. 
    • Pemeliharaannya adalah untuk
    daging 
    • Walaupun bilangannya di Malaysia sedikit, baka ini telah menunjukkan prestasi yang baik.

       

Jantan WiltshireBetina Wiltshire
40 - 100 kg.40-80- kg.
Baka Kacukan

    • Dari segi pembiakan, baka-baka kacukan telah dapat membiak sepanjang tahun dan prestasi pertumbuhannya puia adalah lebih baik jika dibandingkan dengan yang tempatan.
    • Kebanyakan dari jenis ini adalah hasil dari kacukan baka ternpatan dengan baka Dorset dan Wiltshire. Saiz badan adalah lebih besar dari bebiri tempatan.
    • Rupanya mirip jenis exotic. 
    • Bulunya adalah lebih panjang dan gebu dari jenis baka ternpatan tetapi pendek dari baka exotic.
Jantan Baka KacukanBetina Baka Kacukan
20 - 50 kg.20 - 40 kg
PENGURUSAN PENTERNAKAN
 


    • Lahir hingga 3 bulan
      • Anak bebiri yang baru lahir dikurung bersama ibunya selama 2 minggu.
      • Ibu bebiri beserta anak-anaknya tidak akan dilepas meragut selama 4 - 6 minggu
    • Selepas cerai susu hingga dewasa
      • Selepas cerai susu (umur 3-4 bulan), anak bebiri dipisahkan dari ibu.
    • Penjagaan bebirl dewasa
      • Setiap ekor diperiksa gigi, kaki dan ambingnya.
      • Pemberian ubat cacing dan penyemburan ubat kutu dibuat mengikut jadual.
    • Penjagaan dalam Penggemukan
      • Faktor yang penting ialah makanan yang bermutu.
      • Anak bebiri boleh digemukan bila telah meningkat 3 - 4 bulan.
      • Penggemukan ini memerlukap empat hingga lapan bulan dimana berat badan mencapai antara 20 - 35 kg.

Pengurusan Am


    • Pemberian Tanda (Tagging) Pengenalan
    • Perawatan Kuku
    • Pencukuran Bulu Bebiri

Sistem berkurung  

    • Sistem ini pada amnya tidak digalakkan
    • Sistem ini diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragutan
    • Sistem ini boleh dibuat untuk projek penggemukan, menggunakan rumput potong atau makanan lain
    • Untuk pengurusan ternakan yang sakit dan yang baru lahir sehingga 2 minggu ke 2 bulan

Sistem meragut bebas

    • Ternakan bergerak bebas untuk meragut pada bila-bila masa.
    • Bebiri boleh merayau dan merosakkan tanaman orang
    • Risiko kehilangan adalah tinggi

Sistem separuh berkurung  

    • Dilakukan dengan melepaskan bebiri pada siang hari dan mengurungnya di dalam kandang pada waktu malam
    • Sistem pemeliharaan ini adalah baik kerana pengawasan terhadap kesihatan ternakan dapat dibuat setiap hari sebelum melepas atau ketika mengurung ternakan itu kembali
DISEDIAKAN OLEH NASMENZ AGROfarm